
JoDoHKu
Sambil-sambil duduk layan internet..
log in facebook,tengok status orang..
nampak ramai sangat couple-couple letak 'pic' mereka bersama.
update status
"saya sayang awak selamanya"
lepas tu baca lagi de pulak update status
"aq benci kau.dulu janji macam-macam sekarang habuk pun tak dak"
Baru terfikir dan teringat masa aq couple.
bila teringat semua tu terasa diri ni bodoh sangat.

Mak bapa aq tak pernah hantar aq ke sekolah untuk cari pasangan hidup.
tapi suruh belajar..
sebab bercinta 'result' aq semua menurun.
Tapi alhamdulillah nak dekat-dekat SPM,
terdetik kat hati ni untuk menjauhi.
Aq cuba lupakan pasangan aq buat sementara untuk kejar cita-cita aq dan impian ibu bapa aq.
Tak sanggup aq tengok ibu bapa aq menangis sebab kegagalan aq.
Alhamdulillah sekali lagi,
aq berjaya buat ibu bapa aq menangis tapi bukan airmata sedih cuma airmata gembira.
Aq dapat tempat yang terbaik dalam sekolah..
benda yang aq tak pernah sangkakan.
Ialah,budak cam aq nie,manalah pernah orang pandang..
Selalu dapat tempat tercorot,tak pandai langsung..
Aq ingat lagi mama aq cakap
"bila kita usaha dan berdoa mesti Allah bantu kita'
bersyukur sangat-sangat..
Sekarang berpeluang melanjutkan pelajaran di IPTA.
Bukan itu yang jadi 'point' aq sekarang..
yang aq nak bagitahu ni, memang betul pe yang orang dewasa cakap.
zaman sekolah itu semua cinta monyet ja..
aq pun pernah la jadi monyet sat kan? hehehe.
Akhirnya aq putus sebab tak memahami..
Bila aq masuk kerja,
kerja MCD macam aq ni manalah orang nak faham..
pergi kerja pagi,balik malam..masuk kerja 2-3 pagi..
bosan bila orang yang aq sayang tak memahami..
so,aq 'decide' untuk 'break up' ngan dia..
Dari situ hati aq terdetik untuk berubah..
bila aq dapat hindarkan 'couple' ni mesti aq boleh hindar benda lain jugakkan?
aq berjanji dan sumpah ngan mak aq yang aq takkan 'couple-couple' lagi da..
nak tumpukan pada pelajaran..
Tapi aq tewas lagi sekali dengan someone ni.
Aq betul-betul sayang dia sampai dia ambil keputusan nak masuk minang aq..
tapi sayang kejap je pertemuan kami.
Aq pun tak tahu kat mana silapnya, salah aq? salah dia? atau tak dak restu dan jodoh.
Bila aq duduk sorang barulah terfikir,
'mungkin semua ni sebab aq dah berjanji dan sumpah ngan mak aq ,aq takkan 'couple' lagi.
Akhirnya aq menyinglekan diri.
Aq pun dah malaz berkawan dengan budak laki..
takat kawan biasa mcam budak kelas camtu.
tapi takdak nak rapat dengan siapa pun..
Aku percaya pada jodoh.
Allah dah tetapkan yang terbaik untuk hambaNya..
pernah dengarkan?
Aq cuma berharap jodoh aq dipercepatkan supaya aq tak terkeluar dari 'landasan'
Aq nak "Bercinta Selepas Nikah"