Kasih sayang itu menyakitkan......
Friday, 14 August 2015 | 21:57 | 0 candies

siapa sangka pertemuan sementara 

jadi hubungan selamanya..
antara kawan dan cinta..
aku sayang mereka..
3 sudah meninggalkan,
2 masih menanti..
aku, farah, shud, amirul,amalina, ganesan dan mus kawanmereka yang setia
menemani sehingga ke perjalanan akhir mereka bertapak di sini..
melihat mata yang kian merah dan berair,
muka yang tidak gembira,
pendam,pendam dan pendam.. 
akhirnya 11.00 15 ogos 2015, stesen bas sungai nibong, penamat segalanya..
segala suka dan duka..
lemah tangan melambai, lagi tiada berdaya kaki melangkah untuk menempuh hari seterusnya..
hati aku, jiwa aku, semuanya dia bawa bersama..
dipaksa untuk tersenyum tapi mutiara kaca tetap jatuh menimpa-nimpa..
untuk bekerja lagi tidak mempunyai rasa..
setiap sudut, aku terlihat dia.. 

siapa nak suap aku?
siapa nak manjakan aku ?
siapa nak bergaduh denganku ?
siapa nak dengar marah aku ?
siapa nak pegang tangan aku saat aku sedih ?
tiada lagi kedengaran, ' sayang, jangan nanges..saya ada sini..'
riuh rendah di tempat kerja kini kelihatan suram..
hati sudah pergi..
hatiku sudah pergi jauh meninggalkan jasad aku disini..
semoga perjalanku diberi ketabahan.. 
aku mahukan di akhir cerita hidupku, dipenuhi kebahgiaan..
bersamanya.. my destiny..


setiap saat aku rindu..
setiap saat aku mahukan mu..
airmata kembali bergenang, kepala makin berpusing, hati mula bersedih...
setakat ini coretan hari ini.. 
aku akan menunggumu pada hari yang sama dan masa yang sama
 untuk 2 tahun akan datang..
15 Ogos 2017... 11.00 AM.. 
aku sentiasa merinduimu dan menyayangimu.... 





0 Comment(s)